Food Truck Awesome!

Biar betul ni? Makan yang disediakan memang sedap!Harga pun sangat lah berbaloi!

Terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Barba Bros adalah food truck yang menyajikan makanan signature mereka iaitu Nasi Barba dengan ayam goreng crispy dan juga Nasi Lemak special yang memang memikat hati kepada yang mencubanya. Kepada penggemar Nasi Lemak boleh lah mencuba di Barba Bros ini pula. Admin sendiri telah pergi untuk merasa keunikan makanan mereka, dan ternyata, ianya sangat menyelerakan. Makanan yang disediakan setaraf dengan restoran!

IMG_7159

Sajian Nasi Barba, menu significant bagi Barba Bros

 

IMG_7160

Nasi lemak yang dimasak dengan air kelapa

Bersama Barba Bros, D’Sara Fried Chicken dan Borak Maju Resources adalah 2 lagi food truck yang bergerak bersama. Yang paling famous untuk food truck D’Sara Fried Chicken adalah ayam goreng crispy, chicken popcorn dan cheezy wedges. Sos cheese yang digunakan untuk potato wedges adalah pekat dan lebih baik dari restoran KFC. Memang terbaik!

IMG_7195

Food Truck DSFC

Kalau nak makan western, jangan risau, Borak Maju Resources ada menyajikannya. Ada banyak menu yang tersedia. Menu yang significant pada admin, adalah grill lamb dengan telur mata di atasnya. Menarik kan? Lazat, lemak dan berkrim!

 

 

IMG_7182

Kambing dengan telur sunyny side up

Ketiga- tiga food truck ini juga menerima catering dan delivery.

Jadi, di mana lokasi mereka?

TEMPAT : Jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (di kawasan parking lot)

MASA: 5:30 p.m – 11 p.m

IMG_7176

Krew food truck Barba Bros, DSFC dan BMR

Warga Bangi boleh lah mencuba keunikan masakan food truck pula lepas ini.

 

Leave a Reply

1,734 Comments

  1. Интернет-сайт http://online24.site для девушек прекрасный шанс прочитать новости в категориях – шоу-бизнес, из первых рук.

Next ArticleRumah Prefab