IKLAN

Terma dan Syarat

Sekiranya anda berminat untuk beriklan dengan kami, di bawah adalah beberapa terma dan syarat yang anda patut patuh

1) iBangi menerima semua iklan daripada pihak pengiklan kecuali iklan-iklan berikut:

  • Perkara yang diiklankan mengandungi perkara-perkara  yang terlarang seperti pornografi, dadah, bahan memabukkan, perjudian dan perkara-perkara yang dilarang dalam undang-undang Kerajaan Malaysia.
  • Pengiklanan perkara-perkara penipuan seperti skim cepat kaya atau “Phishing” link bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi.
  • Pengiklanan yang menggunakan gambar-gambar tidak bermoral atau ayat-ayat yang tidak bermoral seperti  menggunakan gambar lucah atau ayat lucah.
  • Pengiklanan yang bertujuan untuk memalukan atau merendah-rendahkan sesuatu pihak lain.

2) iBangi tidak bertanggungjawab atas segala isi atau link yang diberi oleh pihak pengiklan samada dari segi kualiti atau jumlah pelawat.

3) Gambar, Video Youtube (Embed Code), teks dan apa-apa iklan disediakan oleh pihak pengiklan sendiri dan perlu diemailkan ke bangikomuniti@gmail.com

4)  Sila pastikan iklan yang hendak di siarkan adalah selewat-lewatnya sehari sebelum waktu yang iklan ingin disiarkan.

5) Tempoh pengiklanan adalah untuk tempoh 1 minggu dan perlu diperbaharui apabila tamat tempohnya, jika tidak iklan tersebut akan dipadam secara  automatik.

6) Pembayaran penuh perlu dibuat sebelum iklan dipaparkan dan kesemua pembayaran adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan  walau apa jua keadaan.

7) Pihak pengiklan dibenarkan membuat permohonan untuk mengubahsuai iklannya dalam tempoh pengiklanan itu dan ini tertakluk di atas persetujuan iBangi.

8) Pihak pengiklan boleh membatalkan pengiklanannya sebelum tempoh tamat tetapi wang pembayaran tidak dikembalikan.

9)  iBangi berhak menolak sesebuah iklan dengan apa jua sebab dan juga berhak menamatkan kontrak pengiklanan sekiranya pihak pengiklan melanggar peraturan syarat-syarat pengiklanan.

10) Iklan yang dipamerkan akan mengikut format ruang iklan standard laman web iBangi.

11)  Pihak pengiklan boleh memilih untuk mengiklankan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

12)  iBangi tidak bertanggungjawab di atas maklumat yang disediakan oleh pihak pengiklan atau apa-apa kesan yang berlaku ke atas perniagaan pengiklan.

13) Segala syarat di atas adalah benar dan berkuatkuasa dari tarikh 4 March 2016,sehingga ada kemas kini.

 Kawasan Iklan

-Di atas Header

-Diantara post berita

-Di atas kandungan berita

Bayaran Iklan

Bayaran boleh dibuat kepada :
Name:Whiz Sdn Bhd
Account No – 8002889365.
Bank – CIMB Bank

Sila screenshot receipt payment dan  e-mail kepada Bangikomuniti@gmail.com
Terima Kasih.

1. RM 75 untuk setiap kali iklan
2. RM 280 untuk 4 kali iklan
3. RM 600 untuk 10 kali iklan.

Pertanyaan?

Sila hubungi kami di  bangikomuniti@gmail.com  atau  zaharahsuraya00@gmail.com

Kami sedia membantu. 🙂


 

Mesej ini dibawakan kepada anda oleh Slurp! getslurp.com/

terato slurp cover photo