KES CURI KERETA

Pada hari ahad yang lepas, seorang pekerja di pusat cuci kereta di perkarangan Masjid Alhasanah telah mencuri kereta Vios putih. Dikatakan pencuri itu baru sahaja bekerja di situ selama 2 hari. Berikut ialah keratan mesej yang di berikan oleh Mohamad Hizlan, tuan kereta yang dicuri tersebut. Moga beliau dapat jumpa semula kereta yang dicuri itu.

 “saya ingin meminta jasa baik semua untuk sebarkan berita berkenaan kereta saya yang dilarikan pada hari Ahad 3/4/2016 di pusat cuci kereta perkarangan Masjid Alhasanah bandar baru bangi. Kenderaan yang hilang dipercayai dilarikan oleh perkerja pusat cuci kereta tersebut. Menurut sumber pihak polis suspek bernama Mohamad Syah bin Abdullah dilaporkan oleh orang awam berada di stesen petronas seksyen 20 shah alam pada kira -kira 830pagi tadi. Suspek selalu tidur dikawasan masjid atau surau. Mohon jasa baik semua sebarkan maklumat ini dan jika bertemu suspek terus menghubungi balai polis terdekat. Kereta dikhuatiri ditinggalkan di kawasan lain. Mohon hubungi saya di 019-3657558 Mohamad Hizlan . Terima kasih. Saya uploadkan gambar suspek dan kereta saya sebagai rujukan”

12966010_1107860759235747_1595589593_n
12932630_1095288217200522_591939895477185617_n
Report polis yang dibuat.

Leave a Reply

1,904 Comments

  1. Портал http://online24.site для представительниц прекрасной половины человечества предоставляет возможность узнать новости в категориях – шоу-бизнес, из первых рук.

Next ArticleKedai Gunting Rambut Mr. D