Nasi Lemak Pilihan Penduduk Bandar Baru Bangi

 

Nasi lemak.Makanan yang melambangkan Malaysia. Kali ini iBangi ingin mengupas tahap kesedapan nasi lemak di restoran yang berada di sekitar Bangi ini berdasarkan poll yang telah kami kemukakan pada beberapa minggu lepas di page facebook Bandar Baru Bangi.

RAMBO STATION

rambo station

Rambo Station ialah restoran yang mengetengahkan banyak masakan nogori yang kaya dengan rasa pedas.Nasi lemak yang dijual di sini di katakan sedap. Walaupun harga nya agak mahal, tapi anda boleh nampak ramai orang datang ke restoran ini pada setiap hari.

Selain nasi lemak, banyak juga menu lain yang di sediakan di restoran ini. Apa yang menarik nya di sini ialah air nya yang banyak buih.

rambo station2

 

MARIAH CORNER

mariah

 

Restoran yang terletak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi ini ternyata banyak menarik minat ramai penggemar makanan nasi lemak. Bukan sahaja rasanya yang sedap, tetapi lauk diboleh kan utk tambah,seperti daging rendang dan telur goreng.

ANA NASI LEMAK SEKSYEN 2

ana nasi lemak

Banyak juga review yang di buat untuk kedai nasi lemak Ana ini. Kebanyakkannya menyukai sambal yang disediakan. Dan dah tentu lah resepi sambal setiap orang adalah berbeza dan nampak nya Ana Nasi Lemak di Seksyen 2 menepati citarasa ramai orang,  

Jika gerai atau restoran Nasi Lemak anda tidak tersenarai di sini, boleh la tulis di ruangan komen di bawah. Sama-sama kita kongsi rasa nasi lemak enak di Bangi ni. 🙂

Leave a Reply

5,725 Comments

  1. Outstanding post, I conceive website owners should learn a lot from this website its really user genial. So much fantastic info on here .

Next ArticleKelebihan Hari Jumaat - Penghulu Segala Hari